Photobucket
Kembali Bersua ...

Hello there!


Nilai sebidang tanah dan persaudaraan
Thursday, March 28, 2013 | 5:41 PM | 0 comment(s)
 Aku pernah mendengar, " Ikhlas itu umpama semut hitam di batu hitam dan berjalan pada waktu malam yang gelap..". Begitulah gambarannya dan sebenarnya sukar untuk kita menilai suatu keikhlasan itu kerana perbuatan yang dipamerkan belum tentu menjadi cerminan hati.
Memang terkadang kita diuji dengan kesabaran dan keikhlasan. Lebih perit lagi jika ia melibatkan wang ringgit, harta dan pengorbanan. Begitu jua dengan diriku. Namun akhirnya, setelah banyak bermuhasabah diri dan sokongan suami, aku perlu belajar menjadi seorang yang ikhlas kerana nilai persaudaraan lebih berharga daripada nilai sekeping tanah pusaka yang perlu dikongsi beramai-ramai. Aku tidak rela hanya kerana sebidang tanah yang menjadi pertikaian, kami sekeluarga bermasam muka dan terputusnya silaturrahim.
Aku yakin, masih ada 'bahagian' aku di muka bumi Allah yang luas ini. Aku dan adik2ku perlu belajar untuk ikhlas , bersikap redha kerana paling aku takuti jika kita semua perlu menjawabnya di akhirat kelak. Bumi Allah ini masih luas untuk kita terokai.. dan insyaallah kita masih ada kudrat untuk berusaha memajukan diri.
Wahai adinda2ku yang sangat kakanda kasihi,
Marilah kita hayati sabda Nabi SAW yang bermaksud :
"Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah memuliakan tetamunya. Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah memelihara silaturrahim.Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata yang baik atau diam".
Kadangkala memang kita berasa kita yang berhak, tetapi kita sering lupa Allah lebih berhak menentukan segalanya. Redhakanlah... kakanda sedar kakanda bukan terlalu baik orangnya, tetapi kakanda jua belum terlalu jahil untuk bertindak mengikut landasan agama. Kakanda jua berharap kalian jua sehaluan dengan kakanda demi ikatan persaudaraan kita.Ingatlah....
Nabi pernah bersabda yang maksudnya...
"Sesungguhnya Allah meredhai 3 perkara daripada kamu dan membenci 3 perkara daripada kamu. Tiga perkara yg Allah redhai dpd kamu adalah kamu menyembahNya tanpa menyekutuiNya dgn sesuatu pun ; kamu berpegang teguh pada tali Allah ; dan kamu tidak bercerai-berai. Tiga perkara yg Allah tidak sukai dpd kamu adalah mengucapkan kata2 'katanya', banyak bertanya yg tidak perlu dan mensia-siakan harta".
Akhir kalam, mudah2an arwah abah, emak dan abang tenang di sana...



Beijing aku datang...
Tuesday, December 18, 2012 | 3:45 AM | 0 comment(s)
Aku ke Beijing bersama ahlil2 rombongan cikgu-cikgi yang menggunakan perkidmatan Rajawali Bintang Travel dari 7 Dis hingga 13 Dis 2012 yg lalu. Seronok toksah cerita.. malah beronok2 sebab seperti biasa melancong dan membeli-belah memang hobi aku. Kali ni aku bawa anak kedua aku Farah Yasmin.. yelah kalau boleh sebagai ibu aku nak bawa semua anak tapi belum mampu lagi. Manalah tau kalau Allah limpahkan rezeki, teringin sekali pergi umrah sekeluarga. Mudah2an Allah makbulkan...
Beijing memang kaya dengan sejarah yang unik. Rasa tak sangka dapat lihat dan saksikan sendiri panorama indah tatkala salji mulai turun pada hari terakhir di kota Beijing. Paling menarik dapat mendaki tembok besar walaupun pada masa tu musim sejuk.. yelah antara 7 tempat ajab di dunia. Kadangkala terfikir .. kesiannya penduduk negara Cina zaman dulu.. dikerah buat benda yang pelik2.. tapi berbaloilah kerana menjadi objek sejarah yang bernilai.. Dalam masa yang sama bersyukur kerana sultan kita dulu taklah sekejam maharaja cina ni..
Aku memang tabik kat rakyat negara cina sebab mereka memang sangat berdisiplin dan patuh kepada pemerintah. Pemandu di sana memang sangat mematuhi had laju.. mungkin kerana yg memerintah adalah komunis.. Tapi yg tak dapat aku terima adalah pemerintah menetapkan sepasang suami isteri hanya boleh ada seorang anak saja, kalau lebih kene denda berjuta2 yuan.. very de kijam! Ini lebih membuatkan aku rasa betapa beruntungnya jadi rakyat Malaysia.. bila orang2 di China tau aku punya 6 anak.. dia kata aku orang kaya.. hahaha berlagak sekejap aku..
Bab shopping mopping memang best di China.. barang2nya murah tapi kene pandai tawar.. bukan sikit2 punya tawar tapi gile2 punya tawar. Satu lagi yg tak best kat sini peniaga2 tepi jalan yg aku gelar 'sangkuriang' suka menipu dgn duit palsu. Bukan di situ saja, di supermarket mereka pun kene hati2 sebab akupun nyaris2 tertipu..Walau pun begitu aku suka Beijing.. wo ai nie!
Thursday, November 29, 2012 | 7:09 PM | 0 comment(s)
Hentahlah.. belum ade satu projek mega pun yang telah aku angan2kan sebelum cuti berjaya aku laksanakan. Sedih betul sebab terasa aku sangat membuang masa.. Aku hanya berjaya mengemas beberapa bahagian rumah seperti mengemas laci2 almari, itupun tak habis lagi.. angin malas betul aku cuti kali ni..
............ Justeru, hari ni aku kuatkan semangat nak realisasikan satu projek kecil2an dulu iaitu mengemas dan menghias dapur. Dah lama ruang dapur aku ni tak kene sentuhan tangan magic aku ni.. langsir yg aku turunkan sebelum cuti hari tu, sampai kini tak berganti lagi. Jadi, tugas aku yang pertama lepas buat sarapan tadi ialah memasang langsir dapur. Lepas tu nak tukar susun atur pinggan mangkuk dalam kabinet. Cukuplah dulu untuk hari ini rasenye..
Aku timbul tenggelam
Wednesday, November 28, 2012 | 7:03 AM | 0 comment(s)
Setelah bertahun aku kehilangan alamat email n password blok aku ni.. akhirnya semase sibuk mengemas.. terjumpalah buku nota yg tertulis maklumat yg aku cari selama ni. Bolehlah aku update story aku mase cuti sekolah ni.. sekarang aku tengah kering idea..
Sunday, May 17, 2009 | 5:38 AM | 0 comment(s)
Assalamualaikum....wahai kaum kerabat piranha yang dikasihi sekalian.

Makngah kembali daa...
Saturday, February 21, 2009 | 4:04 AM | 1 comment(s)
Assalamualaikum ya ahlil piranha......(ala-ala menurun..)
Hatta sebermula diceritakan orang, setelah makngah kembali daripada pertapaan di gua mutiara, makngah telah dikurniakan makrifat yang amatlah ajaibnya. Adapun dalam pertapaannya makngah 'bernimpi' bahawa seluruh ahlil keluarga piranha akan mendapat keuntungan @ rejeki . Nak tau ape die ? jeng..jeng..jeng... Kalau nak tau, semua kena tidur di gua yang sama dengan makngah untuk mendapat nimpi yang serupa.
Kini setelah lebih setahun makngah bertapa, akhirnya makngah kembali ke arena ini untuk menjenguk ahlil2 piranha, manalah tau takut-takut ade yang dah bercendawan ke hape...Antara berita sensasi makngah ialah....
  • Yasmin telah lulus kelas memasak (kursus intensif 3 bulan)
  • Berat badan Zaki turun 0.5kg tetapi naik 2kg
  • Ada ahli baru (trainee) iaitu Nadia anak Mak Lelo
  • Mak dapat job baru iaitu tukang ambik Nadia balik kerja ( part time driver)
Begitulah adanya sahibul hikayat Makngah dan keluarganya. Oklah Mak ngah nak sambung pertapaan makngah semula (buat master pulak). Mungkin pertapaan Makngah kali ini dianggarkan memakan masa 10 purnama. Tapi kalau makngah cepat dapat master, mungkin tak sampai 10 bulanlah. Ok, sebelum berundur, jangan lupa seperti biasa beri tepukan gemuruh atas kepala sambil kembangkan idung sebagai tanda sokongan kepada makngah. Adiosss...

Labels:

"heythere"
Sunday, December 16, 2007 | 5:35 AM | 0 comment(s)

Labels:



pYzam Page Pets