Thursday, November 29, 2012 | 7:09 PM | 0 comment(s)
Hentahlah.. belum ade satu projek mega pun yang telah aku angan2kan sebelum cuti berjaya aku laksanakan. Sedih betul sebab terasa aku sangat membuang masa.. Aku hanya berjaya mengemas beberapa bahagian rumah seperti mengemas laci2 almari, itupun tak habis lagi.. angin malas betul aku cuti kali ni.............. Justeru, hari ni aku kuatkan semangat nak realisasikan satu projek kecil2an dulu iaitu mengemas dan menghias dapur. Dah lama ruang dapur aku ni tak kene sentuhan tangan magic aku ni.. langsir yg aku turunkan sebelum cuti hari tu, sampai kini tak berganti lagi. Jadi, tugas aku yang pertama lepas buat sarapan tadi ialah memasang langsir dapur. Lepas tu nak tukar susun atur pinggan mangkuk dalam kabinet. Cukuplah dulu untuk hari ini rasenye..