Photobucket
Kembali Bersua ...

Hello there!


Beijing aku datang...
Tuesday, December 18, 2012 | 3:45 AM | 0 comment(s)
Aku ke Beijing bersama ahlil2 rombongan cikgu-cikgi yang menggunakan perkidmatan Rajawali Bintang Travel dari 7 Dis hingga 13 Dis 2012 yg lalu. Seronok toksah cerita.. malah beronok2 sebab seperti biasa melancong dan membeli-belah memang hobi aku. Kali ni aku bawa anak kedua aku Farah Yasmin.. yelah kalau boleh sebagai ibu aku nak bawa semua anak tapi belum mampu lagi. Manalah tau kalau Allah limpahkan rezeki, teringin sekali pergi umrah sekeluarga. Mudah2an Allah makbulkan...
Beijing memang kaya dengan sejarah yang unik. Rasa tak sangka dapat lihat dan saksikan sendiri panorama indah tatkala salji mulai turun pada hari terakhir di kota Beijing. Paling menarik dapat mendaki tembok besar walaupun pada masa tu musim sejuk.. yelah antara 7 tempat ajab di dunia. Kadangkala terfikir .. kesiannya penduduk negara Cina zaman dulu.. dikerah buat benda yang pelik2.. tapi berbaloilah kerana menjadi objek sejarah yang bernilai.. Dalam masa yang sama bersyukur kerana sultan kita dulu taklah sekejam maharaja cina ni..
Aku memang tabik kat rakyat negara cina sebab mereka memang sangat berdisiplin dan patuh kepada pemerintah. Pemandu di sana memang sangat mematuhi had laju.. mungkin kerana yg memerintah adalah komunis.. Tapi yg tak dapat aku terima adalah pemerintah menetapkan sepasang suami isteri hanya boleh ada seorang anak saja, kalau lebih kene denda berjuta2 yuan.. very de kijam! Ini lebih membuatkan aku rasa betapa beruntungnya jadi rakyat Malaysia.. bila orang2 di China tau aku punya 6 anak.. dia kata aku orang kaya.. hahaha berlagak sekejap aku..
Bab shopping mopping memang best di China.. barang2nya murah tapi kene pandai tawar.. bukan sikit2 punya tawar tapi gile2 punya tawar. Satu lagi yg tak best kat sini peniaga2 tepi jalan yg aku gelar 'sangkuriang' suka menipu dgn duit palsu. Bukan di situ saja, di supermarket mereka pun kene hati2 sebab akupun nyaris2 tertipu..Walau pun begitu aku suka Beijing.. wo ai nie!


|
pYzam Page Pets