Nilai sebidang tanah dan persaudaraan
Thursday, March 28, 2013 | 5:41 PM | 0 comment(s)
Aku pernah mendengar, " Ikhlas itu umpama semut hitam di batu hitam dan berjalan pada waktu malam yang gelap..". Begitulah gambarannya dan sebenarnya sukar untuk kita menilai suatu keikhlasan itu kerana perbuatan yang dipamerkan belum tentu menjadi cerminan hati.Memang terkadang kita diuji dengan kesabaran dan keikhlasan. Lebih perit lagi jika ia melibatkan wang ringgit, harta dan pengorbanan. Begitu jua dengan diriku. Namun akhirnya, setelah banyak bermuhasabah diri dan sokongan suami, aku perlu belajar menjadi seorang yang ikhlas kerana nilai persaudaraan lebih berharga daripada nilai sekeping tanah pusaka yang perlu dikongsi beramai-ramai. Aku tidak rela hanya kerana sebidang tanah yang menjadi pertikaian, kami sekeluarga bermasam muka dan terputusnya silaturrahim.
Aku yakin, masih ada 'bahagian' aku di muka bumi Allah yang luas ini. Aku dan adik2ku perlu belajar untuk ikhlas , bersikap redha kerana paling aku takuti jika kita semua perlu menjawabnya di akhirat kelak. Bumi Allah ini masih luas untuk kita terokai.. dan insyaallah kita masih ada kudrat untuk berusaha memajukan diri.
Wahai adinda2ku yang sangat kakanda kasihi,
Marilah kita hayati sabda Nabi SAW yang bermaksud :
"Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah memuliakan tetamunya. Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah memelihara silaturrahim.Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata yang baik atau diam".
Kadangkala memang kita berasa kita yang berhak, tetapi kita sering lupa Allah lebih berhak menentukan segalanya. Redhakanlah... kakanda sedar kakanda bukan terlalu baik orangnya, tetapi kakanda jua belum terlalu jahil untuk bertindak mengikut landasan agama. Kakanda jua berharap kalian jua sehaluan dengan kakanda demi ikatan persaudaraan kita.Ingatlah....
Nabi pernah bersabda yang maksudnya...
"Sesungguhnya Allah meredhai 3 perkara daripada kamu dan membenci 3 perkara daripada kamu. Tiga perkara yg Allah redhai dpd kamu adalah kamu menyembahNya tanpa menyekutuiNya dgn sesuatu pun ; kamu berpegang teguh pada tali Allah ; dan kamu tidak bercerai-berai. Tiga perkara yg Allah tidak sukai dpd kamu adalah mengucapkan kata2 'katanya', banyak bertanya yg tidak perlu dan mensia-siakan harta".
Akhir kalam, mudah2an arwah abah, emak dan abang tenang di sana...